Selasa, 17 Desember 2013

Strategi Pemasaran - Strategi Pemasaran Efektif Sepanjang Zaman


   Strategi pemasaran efektif sepanjang zaman. Di sini terdapat beberapa strategi pemasaran yang masih lagi berkesan dan anda boleh praktikkan dalam mana-mana perniagaan yang anda miliki. Mari kita ketahui lebih mendalam mengenai strategi pemasaran efektif sepanjang zaman ini.

 Strategi Pemasaran : Cari Mereka Yang Memerlukan Anda.

   Ini adalah salah satu daripada prinsip strategi pemasaran mudah yang jarang difahami oleh kebanyakan jurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda harus menumpukan kepada pelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih dahulu.

   Di dalam strategi pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik sasaran (targeted traffic). Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk meyakinkan para pelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak jualan.

   Perhatikan prinsip strategi pemasaran ini ketika anda berurusan dengan pelanggan anda. Jangan cuba menjual sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut! Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang betul.

Strategi Pemasaran : Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek Atau List Pelanggan.

   Mencari prospek atau list pelanggan adalah sangat penting dalam strategi pemasaran. Ini disebabkan orang ramai tidak akan membeli produk anda apabila pertama kali melihatnya. Statistik menunjukkan bahawa orang ramai hanya akan mula serius memikirkan untuk mendapatkan produk anda setelah mereka melihatnya, atau mengenalinya lebih dari 7 kali. Dalam perniagaan online, ianya berlaku sekurang-kurangnya selepas 7 emel follow-up dilancarkan.

   Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan anda ataupun senarai list. Strategi pemasaran ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda berpeluang untuk menghantar informasi follow-up sehingga 7 kali atau lebih, sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan-iklan yang lain. Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya.

Strategi Pemasaran : Bina Perhubungan Yang Kukuh.

   Jualan baru ataupun jualan yang berulang-ulang biasanya diakibatkan oleh perhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli produk anda, anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda. Untuk memastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak langsung (pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala perkataan ‘jaminan’ dalam strategi pemasaran sahaja sudah cukup untuk ‘menyentuh’ seseorang).

   Jangan biarkan prospek anda beralih arah! Ambillah masa bersama mereka dan layanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika anda menghabiskan masa melayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut prospek atau tidak, anda bakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus dalam strategi pemasaran anda! Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh dengan prospek anda dan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.

Strategi Pemasaran : Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan.

   Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka dan nombor di dalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka dalam strategi pemasaran anda, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.

   Bagi perniagaan online, yang melakukan strategi pemasaran dengan menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang datang. Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.

   Jika anda melakukan strategi pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.

   Jika prospek tersebut tidak termasuk di dalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada di dalam bidang sasaran pasaran anda. Jadi kesimpulannya, gunakanlah strategi pemasaran efektif sepanjang zaman ini supaya perniagaan anda berkembang dengan jayanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar